Masih tidak terlambat untuk mengucap tahniah kepada semua anggota Pakatan Rakyat yang telah menang pada pilihanraya kecil Sibu baru-baru ini. Ini adalah petanda bahawa Pakatan Rakyat memiliki kekuatan untuk menghadapi pilihanraya di kepulauan Borneo tidak lama lagi. Jika semangat juang di Sibu berterusan, maka tidak mustahil pimpinan di negeri Sabah dan Sarawak akan beralih kepada Pakatan Rakyat, InsyaAllah. Dimaklumkan bahawa, pilihanraya Sibu baru-baru ini adalah merupakan satu yang luar biasa bagi rakyat Sibu dimana mereka melihat sendiri gelombang kebangkitan rakyat yang selama ini hanya berlaku di sekitar kawasan semenanjung sahaja, tetapi kali ini mereka dapat melihat keadaan yang sebenarnya di tempat sendiri. Walaupun yang bertanding adalah calon DAP, PAS dan PKR tetap memberikan bantuan dan sokongan yang padu pada calon yang bertanding. Kini rakyat tidak perlu lagi gusar kerana Pakatan Rakyat sudah mampu untuk menggantikan kerajaan Barisan Nasional seperti mana kita membuat rumah baru, tapak atau asasnya adalah sama tetapi rumah yang baru lebih kukuh dan teguh untuk didiami oleh rakyat daripada rumah yang sudah lebih 50 tahun tidak ditukar ataupun diubahsuai.
Kisah Loo Jo Yee : Gadis Cina 17 Tahun Memeluk Islam
-
Loo Jo Yee adalah seorang gadis berusia 18 tahun dari etnik Cina di
Malaysia. Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama kristian yang kuat. Dan
beliau bakal...
4 hours ago
0 comments:
Post a Comment