Jika benarlah keputusan kerajaan memberikan lesen judi kepada salah sebuah syarikat perjudian di negara ini untuk mengendalikan pertaruhan-pertaruhan menjelang pusingan akhir Piala Dunia di Afrika Selatan adalah satu keputusan yang boleh kita tafsirkan sebagai "hilang akal". Ini adalah kerana, masalah judi seperti tikam nombor ekor dan permainan mesin judi sehingga kini masih belum dapat dibenteras atau dihapuskan, tiba-tiba hendak "dihalalkan" pula perjudian yang membabitkan pertaruhan perlawanan bolasepak Piala Dunia yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Pertaruhan dalam sukan bolasepak ini sememangnya telah lama terjadi, akibat daripada itu, ianya telah memusnahkan sukan bolasepak tanahair yang pada suatu ketika dahulu Malaysia pernah memiliki pasukan yang paling digeruni di Asia. Tetapi sekarang apa sudah jadi?, sukan bolasepak di negara kita telah berada pada satu tahap yang amat rendah dan begitu memalukan. Nak tahu bagaimana ianya terjadi?, Sebab utamanya ialah judi. Pernah suatu ketika, ramai pemain-pemain berbakat di negara kita telah menjadi mangsa kepada kegiatan ini. Ramai yang "termakan" rasuah kerana setiap kaki judi yang bertaruh sanggup merasuah pemain bolasepak semata-mata mahu menang dalam pertaruhannya dan akhirnya perbuatan ini telah menjerat diri pemain. Kesan daripada itu, kita telah kehilangan ramai pemain-pemain yang berkualiti sehingga kini sukar untuk kita cari penggantinya. Cuba kita renungkan, sekiranya lesen judi ini boleh dikeluarkan untuk pertaruhan bagi perlawanan bolasepak di peringkat antarabangsa, maka tidak mustahil mereka boleh meluluskan pula lesen untuk menganjurkan pertaruhan bagi perlawanan bolasepak liga tempatan (Domestik) selepas ini. Ini bukan jalan untuk membenteras atau menghapuskan permainan judi, tetapi ini adalah merupakan satu galakan dan dorongan daripada kerajaan untuk melihat rakyat menjadi ketagih judi seperti mana mereka yang ketagih alkohol, dadah dan sebagainya. Sekiranya penyakit ini tidak dibendung, maka barah yang lebih besar akan menimpa rakyat dimana ramai rakyat akan menjadi ketagih judi sehingga mengabaikan tanggungjawabnya kepada agama, keluarga dan negara. Judi ini telah banyak merosakkan kehidupan rakyat, bahkan ramai juga pemimpin di dunia ini turut menjadi rosak akibat dari terpengaruh dengan judi. Jadi tidak perlu dipersoalkan lagi kenapa rakyat menentang kerajaan dan perlu diingat, bukan semua rakyat boleh mengikut sahaja telunjuk kerajaan.
Kisah Loo Jo Yee : Gadis Cina 17 Tahun Memeluk Islam
-
Loo Jo Yee adalah seorang gadis berusia 18 tahun dari etnik Cina di
Malaysia. Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama kristian yang kuat. Dan
beliau bakal...
6 hours ago
0 comments:
Post a Comment